Want your
own Fotopage?














 
Cikgu Dayat Menulis...

By: dayat sahid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 14-Sep-2009 22:29 Email | Share | | Bookmark
Di ambang Aidilfitri

 


Kengkawan semua.... sempena aidilfitri ini, aku nak mohon berzillion-zillion kemaafan kat korang atas semua kekhilafan aku... maklumla aku ni mulut jahat, perangai teruk, macam2 la... so kalau ada silap salah harap maapkan ye.... raya nnt jemput la datang beraya umah aku.... dtg je... ckp je nk makan apa... heheheee

pecah kaca pecah simen
sudah baca harap komen

hahaaaaaa.....

Selamat hari raya dayat..maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap selama kita berkawan..Semoga bergembira di hari lebaran.
p/s: Dayat ko ada bakat melukis larr..
Wed 23-Sep-2009 00:58
Posted by:fish fies_98@yahoo.com
fish... ko x perasan ke ada gambar ko ngan laki ko kat bawah tu... hahaaa....
Wed 23-Sep-2009 12:33
Posted by:kinn19
kreatifnye
Salam aidilfitri. Jemputlah dtg rmh @ Subang bestari.
Wed 30-Sep-2009 10:07
Posted by:Ainul A.B ainul_ab@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 7-Sep-2009 16:48 Email | Share | | Bookmark
sketching....

 
 
 
View all 6 photos...
tengah mengemas2 bilik, terjumpa buku sketch lama..... huhuu.. terasa nk share lak beberapa lakaran dgn kawan2... xde la pandai sangat dan xde la cantik sangat... saja je sbb lama x update....


gambar sorg kawan sekolah masa dia kawin.. rupa xde la sama pun... so agak2 je la.. hehehee....


gambar laki mmber tadi tu.... ensem kan.. huhuuu


gambar 1 bangunan kat taiping... menarik dia punya ukiran dan seni bina... bila lukis jadi buruk.. hahaaa


ni gambar mmber tmnet yg kawen... sapakah agaknya ye... huhuuu


gambar kengkawan kpli di tmn tasik taiping...


budak laki misteri... heheee

gambar aku xde ke dayat? Wed 9-Sep-2009 05:52
Posted by:nhalina
Add comment


Tuesday, 18-Aug-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Salam Ramadan 1430h

 


macam sekelip mata je kita berjumpa lagi dengan ramadan.... hmmmm..... macam2 perasaan berkecamuk di hati dan minda. alhamdulillah aku ditemukan semula dengan ramadan.... tapi adakah aku bersedia bertemu dengan ramadan? adakah ramadan tahun ini akan berlalu pergi seperti ramadan2 yg lalu... tanpa sebarang kesan kepada diri aku... (terutama berat badan... hahahaaaa)....

tahun ini cabaran mungkin sedikit getir. maklumla dalam keadaan dunia menghadapi pandemik h1n1, pastinya mengoyahkan sedikit kerancakan berpuasa. namun segalanya dariNya juga.. terima dengan penuh keinsafan...

buat semua teman... salam ramadan 1430h buat semua.... semoga ramadan tahun ini membawa rahmat berkat dan keampunan buat kalian... jemputla aku berbuka sama... krisis ekonomi lagi tahun ni... xyah la berbuka di hotel... cukup la berbuka bersama teman dan keluarga.... yg penting bukan apa dan dimana kita berbuka, tetapi dengan siapa kita berkongsi detik bahagia....

selamat berpuasa

ee...silap tu , link kan blog akak. tersasul tadi. tengah pening.
http://portalprasksaa.blogspot.com.
Tue 25-Aug-2009 09:32
Posted by:Kak Liza adawiyah.rabiatul423@gmail.com  - [Link]
assalamualaikum.. wes.. lama x dgr citer. Jadi ko join tak majlis buka pose kita? Tue 1-Sep-2009 07:24
Posted by:ha  - [Link]
assalamualaikum.. wes.. lama x dgr citer. Jadi ko join tak majlis buka pose kita? Tue 1-Sep-2009 07:24
Posted by:ha  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Thursday, 30-Jul-2009 11:33 Email | Share | | Bookmark
SETEM... sangat2 best....



tadi lepas sekolah aku g klang nak beli baju untuk tarian murid-murid aku... lepas beli teringin lak nk tgk wayang... so g la ke bukit raja. ingat nk tengok land of the lost. tetiba tgk filem setem da start main rupanya... so aku terus la tgk (mati aku kena marah cikgu zul, tgk tak ajak dia.. hehee)

sinopsis yg dipetik dari web

Quote:

Prolog
Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya.

Tahun 2008
Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut.

Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium.

Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.

Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello. Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander.

Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua? Nantikan kemunculan ‘SETEM’ di pawagam berhampiran anda!


komen aku... filem ni BEST SANGAT-SANGAT.....dah lama aku tak tengok filem melayu yang seindah CINTA dan selawak BAIK PUNYA CILOK....

jalan cerita yang simple.. mengangkat setem sebagai cerita..... beberapa watak dan situasi yang pada mulanya tiada perkaitan, dikaitkan menerusi cerita ini.... walaupun cerita agak biasa dan boleh diteka, masih ada elemen2 kejutan yg disuntik.... best sangat2..... lagipun kita tgk wayang nak berhibur bukan sbb nk berfikir....

seperti yang sedia maklum dengan karya2 kabir bahtia yang lain, aspek sinematografi diberi penekanan khusus. so shot2 cantik dari angel2 yg menarik sentiasa dijadikan keutamaan. paling aku suka, scene van vellu start berjalan di bawah landasan monorel... van tu jalan seiring dengan monorel yg bergerak di atasnya..... bukan senang nak dapat shot mcm tu... tapi dapat dilihat dalam filem ni... saloottt....

filem ni bergenre komedi. tapi tak menggunakan lawak slapstik. mungkin ada sedikit gesture2 lucu dan dialog2 lucu yg dibuat oleh pelakonnya terutama afdlin shauki dan saathia... namun ianya bersesuaian dengan karektarnya yang lucu.. bukan lawak yang dibuat-buat. kelucuan timbul pada situasi2 tertentu dan dialog2 tertentu yang membuatkan penonton ketawa terbahak2 dengan sukarela...(memang gamat walaupun panggung tak penuh)

aku suka sangat filem ni lagi satu sbb filem ni boleh dikatakan sebagai filem malaysia... bukan filem melayu. ada sentuhan satu malaysia... dengan watak2 melayu cina dan india... malah watak indon dan mat salleh... paling best watak piranha lim, loan shark cina pulau pinang yang berloghat utara... hehee... interesting...

namun walaupun kelakar filem ni dikategorikan sbg PG18.... parental guidance sbb ada sedikit babak2 ganas terutama babak kongsi gelap, rompakan bersenjata, mat rempit mengganas dan sebagainya... (part mat rempit tu aku suka tapi mcm x berapa setuju... mmg ganas sgt) so sesapa ada anak kecik xleh la tgk citer ni...

untuk adegan kesilapan yang dapat dikesan (macam jamal jamaluddin lak.. hahahaa) dapat dilihat semasa watak burn (bront paralle) nak meletupkan bom tangan... dan mani menyalakan minyak petrol yang dipijaknya. jelas kelihatan pelakon stunt dah pakai seluar kalis api kat situ.... huhuu...

oklah.. yg penting aku suka citer ni sbb best.... 10 bintang..... (sape yg tgk skrip 707 tu... hahahhaa rugi duit korang)

Care to comment?


Sunday, 21-Jun-2009 11:25 Email | Share | | Bookmark
Slamat Hari Bapa......

 

heheee... tengokla gambar aku buat iklan gintel.... wakakaaaaa...

slamat hari bapa.... saya beli gintel,
bapa yang tersayang... hadiahkan bapa gintel,
(kamu macam mana)
harga satu dapat dua gintel
harga satu dapat dua gintel
harga satu dapat dua gintel

hahahhaaaa...... slamat hari bapa untuk ayah tersayang... mlm tadi adik berdaik semua da celebrate... tapi aku xde sbb tgh camping kat skolah (tgh bbq... lg best... huhuuu...)

kebetulan di hari bapa ni pesanan gintel tu pun sampai.... mcm tau2 je delivery tu nak hantar pada hari bapa..... bapak aku pulak yg receive time tu.... hahahaa..... brother gintel tu cakap.... baiknya anak2, belikan ayah dia kerusi gintel..... bapak aku pun senyum2 je..... pas tu dia cakap....

"anak-anak belikan tapi yang bayar bapaknya.."

hahaha... gimik je... mana la mampu aku nk belikan kerusi gintel.... wakakaaaa. ayah aku yg beli sendiri... sedap betul kerusi gintel tu.....

apa2 pun selamat hari bapa buat ayah... walaupun belum ada lagi hadiah mahal2, kami tetap sayang ayah....

Tired like hell.. klu la aku dpt dok tas kusi tu.. mmg kompom 2 ari x bgn.. tekoma..( Mon 22-Jun-2009 08:09
Posted by:dirmazio
Wahhh, ingatkan ko yg beli... hehe... Thu 25-Jun-2009 01:22
Posted by:Ainul A.B ainul_ab@yahoo.com  - [Link]
wahhh...aku pon nak....
nasib baik kat ofis ni ade..merase gak la aku dok kat krusi tu....
Wed 8-Jul-2009 09:46
Posted by:halina
View all 5 comments Add comment


Saturday, 13-Jun-2009 09:43 Email | Share | | Bookmark
CuTi-CuTi SeKoLaH

 
 
 
View all 6 photos...
akhirnya tamat gak cuti skolah nan 2 minggu ni.... itula sedikit keistimewaan jadi cikgu, banyak cuti,.... heheheee.... tapi mmg la ada cikgu yg terpaksa gak bertugas masa cuti sekolah.... so hargailah depa... tapi aku, cuti skolah aku cuti..... hehehe.. mmg la ada sikit2 keje kena settlekan, time management beb.... hehehee.....

ikut perancangan beberapa bulan yang lalu, cuti sekolah ni aku akan ke kaki gunung kinabalu.... menghirup udara nyaman di kundasang (nk panjat gunung kinabalu??? korang dukung eek) dan sekitar sabah.... namun semua tinggal mimpi sbb x jadi.... sbb org yg nk sponsor tu da x jadi nk sponsor.... hahahaa.... so x jadi la pegi.....

disebabkan xde perancangan lain, aku pun terfikir nak mengisi masa lapang dengan belajar sesuatu skill yg sgt best.... wakakaaa.... iaitu skill menari tarian zapin.... so aku pergi ke origin zapin iaitu selatan tanah air....

pagi ahad kol 8 aku bertolak.. berenti 2-3 kali sbb perut memulas.. (silap makan sket).. kol 12.30 aku sampai di rumah mmber aku kat pasir gudang.. (first time aku drive melepasi batu pahat.. huhu)... so aku lepak la umah kawan tu.... so bermula lah latihan intensif aku.... kat studio belajar, kat umah sambung belajar, siang malam.... hahaha (actually ada gak merayau2 jalan2)... aku belajar zapin yg paling senang.... zapin lenga batu 28 ... tu je yg mampu aku catch up buat masa skarang... zapin ni macam2 jenis rupanya... setiap part of johor ada zapin sndiri ... zapin teglu la, parit mastar la, padang sari la, pekajang la, tanjong labuh laa.... belum lagi yg dah dikontemporarikan... maybe next time aku blajar lagi yg lain tu...

so pagi khamis tu aku pun berangkat pulang ke pangkal jalan... hahaaa.... rehat2 sbb esoknya, a new adventure begin....

petang jumaat tu aku keluar dari rumah memulakan perjalanan ke utara pulak..... kali ni nak ke rumah kawan baik aku kat maktab dulu, hizar, yang akan melangsungkan perkahwinannya buat kali kedua ahad ni (kali pertama kat umah bini dia, minggu sebelumnya.. wakakaaa).... so amik sorg mmber aku kat tg malim, klw drive sorg memalam takut lak jadi apa2 yg x patut.... kaya raya pulak pewaris2 insuran aku tu.... huhuu.... so ikut jalan biasa ke ipoh sbb nk save tol.. hahahaa.. pas tu sambung ikut highway.... kol 11.30 ada sorg kawan da menunggu....

dan...... sampai kol 2 pagi kitorg berpusing satu sungai petani mencari hotel..... henpon ala2 canggih sket sbb ada gps, so dia senaraikan la hotel2 berdekatan ngan no phone skali.. tapi bila call semua penuh.... mmber tu serba salah je x dpt tolong... akhirnya terpaksa la aku gerak ke alor setar cari hotel. kol 2.30 pagi baru jumpa.. (sib baik half rate je sbb masuk tgh malam... rm25 jer..) tdo la melepaskan lelah.. hahahaaa....

hari sabtu petang baru g umah kawan yg nk kawin tu... family dia sgt sempoi.... seronok je berada dikalangan diorg.. tak rasa org mcm org asing, time kenduri ahad tu pun ok je diorg layan kami... selalunya kat majlis kawin, fotografer mcm tunggul je tuan rumah buat... huhuu... so aku puas hati la.. walaupun jalan jauh..... malam ada potong kek pulak, perancangan nak balik terus sbb isnin mmber aku yg temankan aku tu keje... sudahnya terpaksa pujuk dia mc... huhuuuu sbb da tgh malam baru nk gerak balik....

huhuu.... so singgah taiping dulu.. x larat nk drive dah... ngantuk... dok la hotel murah2 tpt org buat projek tu... wakakaaa.. x kisah asalkan tdo... bangun pagi kete kena saman lak sbb x bayar saman... huhuu terus bayar kat majlis... rm6 je sbb bayar hari sama... hehee... then jalan2 lagi kat taman tasik.... nyaris nak naik bukit larut..... terkenang memori lama... hahahaaa.....

ikut jln dlm sampai kuala kangsar... sambung jalan2 pekena laksa ngan cendol... amik2 gambar... hehee.. pas tu sambung la perjalanan, ikut jln dalam lagi.... singgah tapah makan mee rebus tulang yg saaangggaaatttt sedap..... huhuu g la... arah ke cameron, depan skolah menengah tu... sedap sgt... hehehee

kol 5 sampai umah... penat.... huhuuu

hari selasa lak lepak aje kat umah, edit2 gambar kawin mmber.....

hari rabu lak, ada appointment ngan sorg kawan di kajang..... kawan tu nak belajar satu skill dari aku... nk tau skill apa.. hahaa... balloon twisting... ala yg macam badut buat tu... buat puppy la, bunga la, topi la... hehehee.... tak sangka ada gak org nk balajar benda ni..... aku balajar ngan kumar masa kat vads dulu..... skarang skill tu sgt berguna bila nk wat sesuatu yg berbeza sbg reward untuk anak2 murid aku...

member aku ckp kalau kat luar nk belajar tu kena charge 250 utk basic.... additional 50 untuk setiap benda baru yg diajar... waaaaa.... x sangka leh buat duit rupanya... (aku dapat gak la rm100 untuk duit minyak... heheee)

khamis jumaat sabtu ahad, masa nak menyettlekan perkara2 lain.... alamak.... data smm x update lagi, selasa depan nak hantar... huhuuuu....

so enjoy gmbr kawin mmber guwe... hizar....







siannye aku...dijemput tp kad x sampe...x dpt ler aku gi Thu 2-Jul-2009 13:33
Posted by:fariha
weh....hizar kawen haram tak jemput aku?....hampeh punya member..... Tue 13-Oct-2009 05:08
Posted by:sapri casaprintis@yahoo.com
weh....hizar kawen haram tak jemput aku?....hampeh punya member..... Tue 13-Oct-2009 05:08
Posted by:sapri casaprintis@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Sunday, 10-May-2009 05:12 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Ibu

 
Hari ibu menjelang lagi.... hari untuk anak menyatakan kasih sayang dan penghormatan kepada ibu. sepatutnya ianya mesti diekspresskan sepanjang masa, namun hari ibu menjadi simbolik penghargaan yang tidak terhingga kepada wanita yang bergelar ibu...

Sememangnya saya menyayangi ibu saya. sayang sesungguh-sungguhnya. mama sentiasa yang pertama setiap kali mahu melakukan apa-apa perkara. dan memang itu yang sepatutnya.. kerana ibulah kita berada di tempat kita sekarang.

Kekadang saya melihat sahabat-sahabat, saudara-mara dan orang-orang sekeliling, begitu jelas menunjukkan rasa sayang mereka kepada ibu masing-masing. pelukan, ciuman yang tidak putus, tanda kemesraan. namun, itu bukan budaya keluarga kami. cukupla rasa hormat dengan mencium tangan. sejak kanak-kanak, tidak pernah teringat pun kala ibu dan ayah saya mencium atau memeluk kami adik beradik.... waktu bayi barangkali, tapi masih belum lekat di memori. jadi sehingga sekarang, kami sendiri tidak biasa untuk berpelukan dan berciuman...

namun itu bukan maknanya mama saya tidak sayangkan saya. juga bukan bermakna saya tidak sayangkan mama saya. bagi kami,cukuplah masing-masing tahu yang masing-masing menyayangi diri masing-masing. tidak perlulah ditunjukkan pada khayalak. yang penting keikhlasan hati

jadi untuk mama.. selamat hari ibu. kami semua sayang mama. terima kasih untuk kehidupan kami ini.... moga Allah terus merahmati mama.



Mama selalu merungut, susah nak bersihkan dapur yang berminyak. So sempena hari ibu ni, kami adik beradik hadiahkan mama hud dapur ni. Mama masih di rumah saudara untuk kerja kenduri. nanti bila mama balik... suprise!!!!

harap mama gembira dengan hadiah tak seberapa kami ini. Sayang mama

bertuahnya ibu mendapat anak sperti kamu..
aku sudah tiada apa2 lg.. dgn segala dosa dan salah ku thdp ibu yg belum sempat ku mohon ampun ibu tlh pergi slamanya..
jagalah ibu kamu sebagaimana ibu kamu menjaga kamu..
Mon 11-May-2009 04:47
Posted by:dirmazio
Salam..
Berminat untuk menurunkan berat badan? Menjalani hidup yang lebih sihat dan lebih langsing? Sesuai untuk semua…warga emas, kanak2, lelaki mahupun wanita…
Jom jadi pengedar jus mate 5 sekarang untuk menambah pendapatan..sertai program usahawan jutawan herbaprima dan mulakan perniagaan yang terhebat diabad ini. Jangan biarkan rakan2 anda ditaja oleh orang lain.
Produk berkualiti dan selamat. Diperakui oleh doctor pakar. Produk yang mendapat sambutan begitu hangat dipasaran sekarang ini. Jangan berlengah lagi!!!
Jom lawat fotopage saya di Http://jusmate5store.fotopages.com atau kunjungi blog saya di http://jusmate5store.blogspot.com
Sat 6-Jun-2009 17:02
Posted by:Azrai warai80@hotmail.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 18-Apr-2009 14:06 Email | Share | | Bookmark
from trash to treasure

 
 
satu kegemaran aku ialah membeli belah online... hahahaa... pantang ada duit sikit, mula la beli benda2 mengarut. hahahaa... antara tempat yg suka beli belah ialah lelong.com.my, ebay.com.my dan yg terbaru, mudah.my... selain tu ada gak blog2 persendirian yg ada offer pembelian secara online...

barang2 kat mudah ni mostly barang2 terpakai. dari barangan umah, pakaian, sampailah kereta dan hartanah... memula kenal mudah.my ni aku cari rumah nk dibeli... tapi bila tgk brg2 lain, cam menarik pulak....

so mula la posmen, courier service datang skolah aku hantar barang... (pakai address sekolah sbb sentiasa ada org)... macam2 benda la aku beli... paling aku suka beli ialah kain... haha.. bukan apa, bila kain tu sampai bukak kat skolah, ada sesapa yg berkenan, jual aje... untung la 10-20 hengget.. wakaka.... barang2 lain mcm mainan budak2, benda2 hiasan umah, dan lain2...

yg best shopping kat mudah ni ialah kita deal terus ngan penjual. so senang nak deal, tawar menawar... kekadang tu dapat harga mmg murah betul2.... hehee....

selain beli barang boleh gak jual barang... setakat ni aku da berjaya jual 4 helai baju lama aku yg da x muat... huhuu (actually cam nyesal gak jual sbb terasa badan ni makin kurus... wakakaaaa).... paling gila menjual beli baju ni adik aku le.... suka betul beli baju kebaya kat mudah ni... bila barang sampai, then x muat or x berkenan, dia jual balik... huhuu... abis almari diselongkar cari baju cantik yg da x dipakai....

hari ni sampai satu barang... 14 batang bunga ros dibuat dari tembaga.. klasik sgt.... barang ni dioffer oleh penjual tu dgn harga 100 ringgit.... aku penah tanya, mintak harga 50 je... dia x bagi so aku diam je la... then tak lama pas tu dia contact balik offer kat aku 50 untuk bunga tu tambah 15 untuk shipping... tapi aku nk 50 aje, termasuk shipping... hhahaaa.... dia setuju, so terus bayar.....

bila barang tu sampai huhuuu mmg da berkarat... bukan la berkarat... tembaga bila da lama mmg la berkeladak sket.... huhuu.... okla dengan harga sebanyak tu.... simpan untuk bunga dulang hantaran... hahahaaa....

bagi petua sket.. nk kilatkan tembaga, amik segenggam garam dan segenggam asam jawa, larutkan dalam air, basuh barang tembaga tu ngan air tu, pas tu bilas ngan air, hahaa, petua amik kat net... x kilat pun, tapi mudah sikit la dibersihkan....

jadi ingat la.... omputeh ada cakap.... somebody's trash may be somebody's treasure.... sampah sarap seseorg tu mungkin jadi harta karun bagi seseorang yg lain.... huhuuu..... jual lah barang2 lama korang.... wakakaaa.....


from trash


to treasure
huhuu.. sejam lebih polish, dpt sekuntum aje... huhuuuuu


sesuatu yg x mnarik akan menjadi mnarik dimata hati org yg tahu dimana letaknya tarikan itu.. Tue 21-Apr-2009 04:56
Posted by:dirmazio
nice meh! Tue 28-Apr-2009 08:02
Posted by:layleq
Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai
jangan Lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi sehingga 1 Jun 2009

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Thu 14-May-2009 06:51
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
Add comment


Sunday, 5-Apr-2009 02:51 Email | Share | | Bookmark
kelasku yg dah cantik sikit.. huhuuu

 
 
 
View all 12 photos...
halu halu.... hari ni aku nak bawak korang tour kelas aku... kelas aku da nampak cantik sikit... wakakaaa....thn lepas malas nk buat apa2, thn ni baru rajin sikit.... ala, saja seronok2 hias kelas.... bila kelas cantik bebudak semangat dtg sekolah... ye lah tu...


pemandangan kelas aku dari pintu masuk. setelah setahun aku re-arrage perabut dalam kelas, inilah susunan yg paling aku puas hati. bebudak bebas bergerak sana sini, aku senang nak pantau satu kelas, pusat2 pembelajaran pun dapat wujud dengan jelas....



pemandangan dari bahagian depan. dari desk aku... so dari sini aku nampak keseluruhan kelas. susunan meja budak sekeliling aku, so boleh pantau semua. takde yg dekat sgt takde yg jauh sgt...


ini ruangan berkumpul untuk circle time, dan berbaris masa datang, masa nk makan, masa nak balik.. kawasan lapang dengan satu tikar besar, muat2 untuk 25 budak... luas just nice. kalau besar sgt budak2 mula lah bersilat ber jimnastik kat situ. kalau sempit sgt mcm tin sadin lak. ruang ni jugak ada 3 fokus point. budak menghadap depan bila aku mengajar guna papan putih tu.... budak mengadap ke kiri untuk tgk tv atau skrin komputer. budak pusing belakang kalau diorg tgk persembahan kawan2 atas pentas emosi.


ini la pentas yg ada kat bahagian belakang pusat berkumpul tu.kat sini bebudak akan buat persembahan nyanyian dan gerakan dan kawan2 lain tgk... kekadang aku pun duduk situ sambil bercerita... bebudak pun suka buat keje kat situ, sbb pentas tu tak tinggi sgt diorang duduk atas lantai, pentas tu jadi meja...


yg ni pusat teknologi. kat bahagian depan, belah kanan tempat berkumpul, ada tv, dvd player, radio, ngan komputer. dlm almari ada mcm2 cdrom, vcd, cd ngan kaset.. jarang pasang tv masa mengajar. cuma pasang lepas kelas, tgk wanita hari ini.. hehe


ini pusat kognitif. kat sini murid boleh buat aktiviti2 berkaitan sains dan matematik. so ada lah bahan2 yng boleh membantu diletakkan kat situ. ada akuarium ikan ada bahan2 untuk mengira, permainan2 sains seperti timbang dan magnet dan lain2 lagi... atas akuarium tu ialah plasma light.. hahaha x plug in pun, saja letak situ, nampak cam hi tech sikit....


yang ni pulak pusat bahasa dan komunikasi. fungsinya lebih kurang macam perpustakaan mini. so ada macam2 bahan bacaan serta bahan2 yang membantu dalam aspek bahasa seperti kad perkataan flash card, buku latihan, papan tulis dan lain2. tengah2 tu aku letak meja kecik so bebudak boleh buat keje kat situ. biasanya aku asingkan 2-3 budak masa belajar untuk buat keje kat situ (bebudak yang suka bising... hehehee)


ini pusat kerohanian dam moral. pusat ni agak kecik sbb bahan tak banyak sgt.. huhuuu nantilah tambah sikit2.... kat sini tempat simpan buku2 agama, bahan2 jawi dan bahasa arab, ada la 2 islamic board game, pas tu songkok sejadah, telekung, kain pelekat.. huhuuu


ini pusat main peranan. tempat favorite budak2 pompuan. sebab kat sini aku letak anak2 patung dan mainan masak2. ada almari baju tempat simpan pakaian2 pra, ada katil. conforter tu baru beli, beli kat mudah.my... cantik lak.. kat dinding aku letak cermin besar. dan kalau kawan2 maktab aku mesti kenal, batik yg aku lukis masa kat maktab dulu... hahahaaa... aku letak gak panggung boneka... tapi budak2 ni selalu guna nak buat main kedai2...


yg ini pulak pusat estetika. aku simpan peralatan untuk pendidikan seni dan pendidikan muzik kat sini. hasil kerja budak pun aku gantung sikit yg cantik2. tapi board dia x cantik lagi... hahaha sebab belum siap... nnt la aku cantikkan lagi... hehehee


haa ini ruang private aku... hehehe... kat sini aku simpan barang2 rujukan aku serta bahan2 pengurusan kelas. aku simpan gak contoh2 lembaran kerja, rekod2 murid dan kelas dan macam2 lagi....kira macam office aku la kat sini... ada softboard untuk letak info pra dan lain2 lagi.... kawasan agak lapang. leh la bentang tilam untuk tdo2... heheheee


yang ini pusat manipulatif. just tempat untuk aku simpan bahan2 yg digunakan untuk manipulatif macam manik2, lego, blok2 kayu, dan permainan2 lain... ini permainan fav bebudak laki, huhu...


itu la sedikit sebanyak tentang kelas aku. masih banyak nak improve, dinding kosong lg, tapi x suka nk tampal2.... huhuu, tgk la nnt cam mana. ruang dapur dan tandas pembantu yg jaga, hehehe malas nk campur.... nnt kalau ada improvement cerita lagi



cantik dan bersih... ..syabas!! Sat 13-Jun-2009 12:00
Posted by:idin gemuk2@yahoo.com.my
salam...

skool kt ner nie?cntik la
Mon 6-Jul-2009 04:04
Posted by:myra misz_myra07@yahoo.com
dayat...cun gila klas ko..kalah umah aku..wawawawa..nanti dapat pra leh tanya pendapat sifu Fri 28-Aug-2009 00:33
Posted by:Nora Izma dnor_a@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 1-Apr-2009 01:47 Email | Share | | Bookmark
ummah masa hadapan (maulidul rasul 2009)

 


hehehe.. lama gler tak masukkan apa2 dalam fotopages ni.... bizi sket... malas pun ada gak sikit.... heheheee....

mggu lepas ada sambutan maulidur rasul kat sekolah aku... hehee... da nak masuk rabiul akhir pun... hahahaa... takpe yang penting semangat.....

insyaallah aku akan didik anak2 bangsa supaya menjadi muslim yang baik, mencontohi sunnah rasul dalam segala aspek...

insyaallah......

salam... Cikgu.. sy bdk mktb yg wat PBS kt skola bkt belimbing ni... sy ad mase smbtan maulidr rasul 2.. cikgu nk minx tlg sket bley??? Sat 25-Apr-2009 08:08
Posted by:Siti Nazirah azieaken@gmail.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.