Want your
own Fotopage?














 
Cikgu Dayat Menulis...

By: dayat sahid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 6-Mar-2008 06:12 Email | Share | | Bookmark
PD Holiday n Tour

kat tepi highway
makan kat dataran teluk kemang
pokok tepi pantai
View all 10 photos...
Dapat mesej daripada Ruby ajak join group dia bercuti di PD. at first mcm xnak sbb da janji with someone nak g Penang. but setelah mendapat restu xjadi la g Penang n setuju la join diorg ke PD...

Wat plan pelik lak tu.. bertolak tengah2 malam... lepas diorg abis keje kol 12.00... alahai.. xkan aku nak kuar dr umah time mcm tu.. haruz mak aku bising.. so keluar la lepas maghrib. then singgah umah mmber chatting kat cyberjaya. da lama da Abg Riq ajak g umah dia lepak2... kebetulan lalu, singgah la, temankan dia sementara tunggu wife dia abis keje kol 1.00. leh gak tumpang tgk one in a million final.. hahaha.. tapi abg riq layan raja lawak plak.. segan la nak suruh tukar cenel.. hehehe

kol 1 aku bertolak dr cyberjaya gi rnr seremban. abis gak dalam 3 btg rokok baru mangkuk2 hayun tu sampai... so terus la g pd

mati2 aku ingat diorg da check in memana, dtg terus tdo... rupanya lepak dulu kat teluk kemang... mengabiskan masa makan2 tepi pantai pepagi buta.... tengah dok lepak2 ujan selebat2 alam pulak.... haha sudahnya semua tdo dlm kete sampai pg...

Mula la rasa kebosanan.... da siang pun x leh kemana sbb ujan lg, breakfast pas tu lepak tepi pantai.. x mandi pun.. just tunggu tengahari so boleh check in hotel....

Tengahari check in hotel. Terus aku cop katil, mandi n tdo.. hahahaa.... lunch Ruby beli pizza, makan sampai kembung...petangnya bebudak lain g mandi laut, aku tgk tv one in a million finale ulangan.... hehehe

Malamnya diorg wat bbq.... ayam yg banyak gler ngan sosej... join je la... makan kenyang2... rasa bosan lak.. maklumla aku ni org luar skarang, menompang aje hehehe... so aku pun check phone book kalau2 ada mmber area pd... eh ada plak.... a few sms later decide nak jumpa.... so tgh malam tu lepak ngan dia kat mamak layan teh n bola (obviously aku x layan la)... pas tu dia ajak lepak umah dia layan dvd.. tdo sana terus.. aku agree je.. x bagitau pun bebudak lain.. hahaa sudahnya menggagau diorg mencari aku...

Sok paginya aku balik, kemas2.. check out kol 12, sempat potong kek bday for 1 of ruby's nyer budak2...then g tlk kemang balik... mandi laut, aku mintak cabut awal sbb ada hal... kol 5.30 balik umah

demikianla aku mengabiskan masa ujung minggu.... hahaha thanks ruby for the invitation... sori la sbb x tolong2 sgt....

Ok nanti mai penang plak no.....

Boring2 singgah fp zai ok dah update "1001 Cerita Pasal Raya"...jom layannn....
Thu 6-Mar-2008 10:38
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
confuse jp... ko smoking ke? Fri 7-Mar-2008 02:44
Posted by:bahiah
wehhhhhhhhhhhh... hang nak bunuh diri apa... sabor jang sabor... Fri 23-May-2008 10:31
Posted by:awe janggut awe_janggut@yahoo.com
Add comment


Monday, 25-Feb-2008 09:43 Email | Share | | Bookmark
Ikan Siakap 3 Rasa Ala Kinn19 (actually ikan talapia... hehehee)

 
 
ari ni aku mc... waaaa sakit kaki.. sakit semalam la... tapi pagi ni da baik.. alang2 dr da bagi mc, cuti je laa... hehehe... alang2 bayar kat dr tu sampai rm110... sebab check darah skali.. takut ada ghout.. rasanya tak sbb sakit bukat di tpt yg sepatutnya.. hehee... sama2 la doakan aku sihat yea...

so sebab aku sorang2 je kat umah aku la yg kena masak.... hari ni aku nak masak ikan siakap 3 rasa ala kinn19.... hahaha... resepi taram je... asal sedap dan makan x sakit perot.... hehheee.... tapi bila lori ikan sampai kat umah, xde la pulak dia bawa siakap... waaaa... ari tu ada... yg ada talapia... ok la talapia pun talapia la.. dah la mahal rm6 sekilo... wakakaa... sib baik da gaji.. beli nanas, tomato dan timun skali...


ni la antara bahan yg diperlukan

cara nak buatnye...
memula bersihkan ikan (aku suka siakap, jenahak, kerapu, talapia, keli pun ok.. kembung? alaaahaii xde bajet ke???) pas tu lumur ngan kunyit ngan garam (jgn banyak sgt garam nnt high blood preasure)... pas tu goreng sampai garing.
(ape? kuali kecik? ikan tak muat? da tau ikan tu beso potong la dua.. tu pun nak kena ajo ke...) bila da garing ketepikan...

untuk kuah dia, cincang bawang putih dalam 3 ulas ngan halia dalam 1 inci...(ye.. ko nak tumbuk ke, nak mesin ke.. sukati ko laaa... asalkan menatang tu hancur.. aku suka cincang sebab leh tunjuk skil pakai pisau beso.. hehehehe) amik serai sebatang dan titik sket... (bukan titik pakai pengsel la... ketuk2 sket ngan pisau ke, lesung ke biar pecah2 sket) bahan-bahan lain yg perlu disediakan, timun (potong panjang2, kulit xyah buang, buang bijik je) nanas masak(aku suka letak banyak2, sebab kalau makan kat kedai mesti x puas makan nanas... kalau kat kg ko tu xde org tanam nanas, pakai nanas dlm tin pun boleh, air dia jgn buang.. leh pakai gak) bawang merah 3 bijik (belah 2 je) cili merah dan cili padi (pun belah dua.. kalau suka pedas letak la extra) tomato n carot(tomato tu sebijik pun cukup.. belah dua je.. bagus ni.. mata cerah carot lak potong macam batang mancis beso melicinkan kulit mukerrr)

bahan da sedia jom kita masak... memula panaskan kuali dengan sedikit minyak untuk menumis. (sikit jee jangan banyak2 x elok utk kesihatan).. tumis bawang putih dan halia tadi sampai naik bau dan kekuningan (Bukan hangus ye..).. pas tu tumis sekali serai... masukkan sos tiram dalam 2 sudu besar (kalau xde xyah letak laaa)..pas tu letak sos cili dalam stengah cawan (agaknya la.. slalu aku tuang je dari botol).. tumis2 jap... sape yg guna nanas dlm tin tu leh la masukkan air dia dalm stengah cawan..... tambahkan juga air dalam 2 cawan (biar berkuah sket...) tumis sampai mendidih.

bila da mendidih masukkan cili merah, cili padi, bawang, timun, nanas dan carot lagi... (hahahaa.. saje je test korang ni pandai ke tak... pandai rupanya... masukkanla yg lambat empuk dulu cam carot tu.. nanas tu lama2 pun xpe biar rasa dia keluar.. tomato tu lambat2 sket... nnt bonyot) then rasa2 la kalau kurang masin letak garam (jgn lebih2, sos tiram td da masin, ikan tu pun da ada garam). letak ajinamoto sket... (laa da xnak letak dah le... ni resepi aku.. aku nak letak, sukati laa...)... huhuu

letak la ikan goreng dalam mangkuk... bila nak makan nnt hangatkan sket kuah dan curah atas ikan.. ada orang suka masak ikan ngan kuah skali... aku x suka sgt... nanti ikan tu lembik dan xde rasa ikan dah... rasa nenas je nnt.. biar la kita makan ikan rasa ikan, bila makan kuah baru ada rasa nenas.. heheheee...



cam ni la rupanya bila da siap... biar rupanya tak estetik... asalkan rasanya estetika.... hahahaaa.... lain kali kalau masak jgn bergayut dan chatting cam aku ni.. tu la sampai tomato jadi lembik.. hahaha... sib baik sedap gak... demikian la rancangan masak memasak bersama chef yg emo.. hahahaha

satu lauk je ke dayat?? Tue 26-Feb-2008 04:06
Posted by:Yana
Add comment


Monday, 18-Feb-2008 15:59 Email | Share | | Bookmark
ungu karmila

 


beberapa minggu lalu aku terbaca info tentang novel baru ramlee awang mursyid nie kat website alaf 21... teruja sangat nak cari... tapi masa tu lom dipasarkan lg...

sabtu lepas masa singgah kat kl sentral aku singgah la kat nile bookshop beli buku ni.. tapi x sempat nak baca...

tetiba semalam (hari isnin) balik dari sekolah black out pulak... waaaa... so xde la xtvt yg leh dibuat.. so aku bersantai la kat beranda umah membaca novel ni... dan macam biasa, bila baca buku RAM mesti x leh tinggal.. macam tgk movie.... sedikit sinopsis ikut tafsiran aku...


Quote:
Kisah bermula 8 tahun lalu dimana cinta arif dan karmila mekar mewangi. Arif, ahli biologi yang berkongsi minat dengan isterinya Karmila iaitu meminati bunga, membina sebuah villa indah yang dinamakan Villa Sunyi, villa bercat unggu berbumbung biru tua, di sebuah kawsan terpencil di cameron highland buat isteri tercinta. walaupun mendapat nasihat daripada penduduk setempat mengenai kewujudan puaka di tapak vila berkenaan.

Arif meneruskan minat mendalam terhadap bungaan dan berjaya menghasilkan satu jenis kacukan bunga ros baru dengan satu spesis bunga liar yang ditemui di dalam hutan. bunga ungu yang indah itu dinamakan ungu karmila.

Bermula daripada saat itu kehidupan mereka mula berubah.... sehingga pada suatu hari... arif dan karmila ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di villa sunyi. sejak itu penduduk orang asli di situ menganggap villa itu umpama satu puaka yang sedang tidur dan tidak boleh diganggu....

Namun 6 tahun kemudian, jikun, seorang pemuda orang asli yang penuh sifat ingin tahu menceroboh vila misteri itu. dan pengakhiran yang dasyat berlaku apabila dia menemui ajal dalam keadaan yang mengerikan. Ia mendorong ema, adik perempuannya yang juga seorang doktor dalam bidang bioteknologi untuk merungkai misteri kematian abangnya.

di satu sudut lain, seorang lelaki bernama Dino dibebaskan dari hukuman penjara dan berazam untuk mengubah cara penghidupannya. namun masa silamnya memaksa dia untuk berlari semula daripada bayang-bayang kejahatannya.

di satu sudut lain pula, sekumpulan pengkaji paranomal yang dianggotai oleh bado, winda dan rosli gah mencipta nama merungkai misteri2 paranomal.

Arafat, abang kepada arif, seorang ahli perniagaan hartanah tersohor begitu bertekat untuk membersihkan nama adiknya yang dianggap membunuh isterinya dan kemudiannya membunuh diri di vila ungu misteri itu. hasil usahanya dia telah mengupah dino, bekas banduan yang tidak gentar kepada cabaran serta bado, winda dan rosli, untuk merungkai misteri di villa sunyi.

apakah berlaku selepas itu? berjayakah ema merungkai kematian jikun di villa sunyi? berjayakah dino, bado, winda dan rosli mendapatkan jawapan yang dicari oleh arafat? ataupun mereka semua akan menjadi mangsa seterusnya buat vila sunyi yang diibaratkan sebagai puaka yang sedang tidur itu, balasan kerana mengganggu tenteram lenanya....



hahha cukup2 la bagi spoiler... macam biasa 10 bintang aku bagi.. gelap2 blackout pun aku baca gak sbb nak tau ending... agak sukar nak ramal ending dan kena baca sampai abis baru tau kisahnya.... walaupun citer ni macam tahyul, pasal hantu2, tapi tetap disertakan penjelasan saintifik dan logik.... yang pasti citer dia ala2 citer supernatural, ada thriller cam citer2 species.. hehehe mmg gempak.. kalau mat saleh dapat citer ni, mesti leh jadi satu movie suspend thriller yang sangat ngetop....

rupa2nya bunga ungu tu yang beracun. sbb tu semua mati... Thu 21-Feb-2008 04:11
Posted by:unnamed
aku pon beli novel ni lps bc komen ko pasal novel ni... Mon 3-Mar-2008 13:20
Posted by:nebula81
tanya skit....saper nama sbnr dino? Sun 13-Apr-2008 02:53
Posted by:ran_shinichi00 ran_shinichi00@yahoo.com
Add comment


Monday, 4-Feb-2008 08:55 Email | Share | | Bookmark
Reception Dinner.. Afdal n Epul

pelamin
dewan yg belum ada orang
menu hari ini..
View all 25 photos...


eh... silap gambo... ning's wedding... credit to joe lee http://klubbkidd.blogdrive.com




setelah bercinta bagai nak rak since diploma kat uitm dulu, akhirnya pasangan penuh kontroversi, epul n afdal telah selamat disatukan dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah (hahaha ayat standard... majlis havoc cam mana pun tetap guna tagline ni.. hehehee)....

so malam tadi aku pun pegi la ke majlis resepsi diorg yg bertempat di wisma pkps... mmg grand abis.. fresh flower, chandellier, segalanya memberi impak... kongsi seronok la dengan epul dan afdal.. mmg x mampu la aku nak kawin cam diorg.. (unless ada anak2 org kaya yg sudi melamarku.... hahahaaaa)...

apa pun to both my friends, epul n afdal.. moga terus mengecapi bahagia.... doa restu aku sentiasa mengiringi korang menuju ke destinasi yea yea... (hahaha teringat siti nyanyi pakai baju ninja katak..)

so ada la sikit gambar aku upload.... nak lg mintak la kat epul... photographer dia bersepah2 kat itu, segan aku nak amik gambo guna kamera slr aku yg dah outdated ni.. hehehhee

hai...cantiknyer pengantin tu....?
kamu bila lagi?
Sun 10-Feb-2008 04:03
Posted by: aida alisdaniaazhar@yahoo.com.my  - [Link]
kenapa nampak leher die sgt jinjang yer?? sebb pemakain tudung tu kot... pelik.. Sun 10-Feb-2008 16:07
Posted by:haizi
kinn..bg email..nnti adni emailkan quotation harga utk semua jenis/design kek..tp still blh request ikut tema..TQ Mon 11-Feb-2008 08:23
Posted by:adni da choc cake!! nakata_akasia@yahoo.com  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Friday, 25-Jan-2008 09:20 Email | Share | | Bookmark
DUNIA BARU

 
akhiriah.. anak yatim umur 5 tahun :)
amirul.. bapak dia slalu amik lambat.. tensen tol... huhuhu
View all 26 photos...


5:30 : Henpon merangkap alarm clock aku akan menyanyi lagu Ikan Kaloi.. mengejutkan aku dari tdo.... bangun awal bukan apa, biasanya aku lom prepare apa nak mengajar hari ni... so bangun awal untuk wat preparation sket.... tapi kalau da malas off alarm n continue sleeping....

6:00 : Iron baju, Mandi, Solat, Kemas bilik tdo(kalau rajin), Breakfast(kalau ada mende nak makan laa)

7.10 : Start enjen kete... dan 5 minit kemudian bergerak ke sekolah...

7.20 : Sampai sekolah, parking kete depan kelas, masuk kelas, letak beg, salam bebudak yg da datang, g pejabat punch card(actually tulis je dlm buku), amik buku rekod kedatangan, balik kelas.

7.55 : Jerit kat budak suruh simpan barang mainan... pas tu beratur....

8:00 : Budak nyanyi lagu negaraku, baca surah lazim dan doa, check kuku, pas tu segmen perbualan pagi.. borak2 ngan budak, any related topic, bercerita ngan budak (mcm minggu ni aku ajar tema keluarga saya.. so cerita hari ni cerita si tanggang) nyanyi2 sket.... ulang kaji abc...

8.30 : Bawak budak main kat luar... hari ni main nenek2 si bongkok tiga (sebab tema keluarga kan...)

8:55 : Masuk kelas balik. start mengajar.. untuk 2 slot... 30 min each... ikut suka je.. kekadang kalau xtvt take time, abiskan terus satu jam...

10:00 : Bebudak beratur n masuk ke dapur utk makan.... duduk meja memasing, serve food, baca doa n makan.. aku pun makan le skali..

10:30 : Abis makan, suruh budak wat xtvt bebas dulu... so cikgu pun rileks je (rileks kebende.. dok menjerit je suruh budak senyap sket.. huhuhu)

10:45 : Start belajar lg satu slot... 30 minit gak.

11:15 : Suruh budak kemas2 barang, susun2 kerusi, then beratur lagi.... borak2 jap ngan budak tanya apa diorg belajar, komen sket apa yg diorg buat, pesan apa yg patut untuk hari seterusnya...

11:30 : Bebudak bersalam ngan cikgu n pembantu dan diorg pun balik... cikgu pun lepak je kat kelas... biasanya aku dok aje, on komputer, surfing n chatting, kalau boring keluar g bilik guru, borak2 ngan cikgu yg ada,

1;05 : Loceng balik bunyi... tapi biasanya time ni aku da sampai umah pun... cabut awal sket sebab malas nak menyelit2 ngan budak balik skolah.. hehehee (aku tau korang yg lain mesti baru nak g lunch time ni..)

then lepak je kat umah, hari rabu je datang balik kol 4 untuk kokurikulum, kekadang ada gak kena g meeting kat memana...

kalau dok umah biasa la, tgk tv, on9 internet,n buatla apa2 projek (skrg ni projek wat door gift kawin beberapa mmber yg nak kawin) terusla sampai malam... bila mata ngantuk terus la tido....


so itulah rutin harian aku... nampak macam rileks dan boring kan... tapi aku ok aje.... hehhee.....

alahai che limah.. biasa le tu kalau guna self timer... only the camera owner know when the camera will shoot.. yg lain dok melopong je.... huhuhu Thu 31-Jan-2008 10:16
Posted by:kinn19
hohoho.. nmpak mcm u enjoy je ngajar skrg eh? takpe nanti I mtk nak gi praktikum kat skolah u eh? huhu.. bertuah bebudak nih dpt cikgu baik cam si dayat nih.. kipipdap bro! Fri 8-Feb-2008 17:40
Posted by:budi
wehhh dayat.. si danish tuh betul ke slalu ter-berak kalu u tenking?? bakat terpendam tuhh.. hahahaaa.. Fri 8-Feb-2008 17:53
Posted by:budi
View all 6 comments Add comment


Sunday, 13-Jan-2008 11:45 Email | Share | | Bookmark
Update.. on my life

dah sebulan lebih aku x tulis apa2.... mmm nak kata nothing interesting happend, macam2 perkara menarik berlaku..... nak kata bizi, xde la bizi sangat.... nak kata malas, ada kut malas sket2... hehehehe....

cuti skolah da lama abis... time tu berdebar2 nak tau posting mana.... alahai.... separuh hati terasa nak dapat skolah dekat2 ngan umah parent, sekurang2nya dapat save sikit dan senang nak g kerja... separuh hati lagi nak dapat skolah kat bandar, area shah alam ke pj ke damansara ke... hehe so bolehla aku bersosialisasi sket... hahha bersosialisasi mende.. bukan ada duit pun...

masa keputusan posting keluar aku ada kat langkawi, call bpg diorg bgtau aku dpt negeri selangor. terus call parent suruh tanyakan kat jpn. diorg bgtau dapat sekolah di saujana utama, sungai buloh... seronok gak masa tu.. maklumlah sekolah tu memenuhi ciri2 kedua2 separuh hati aku tadi.. x jauh sgt dr umah... dlm 40 km je.. dan x jauh sgt dr bandar... hehhee....

then pegi amik surat kat jpn. alangkah terkejutnya sebab kat surat tu nama aku dihantar ke sk kg tungku ss1 pj. huhuuu.... terus hati berbelah bagi... memacam nak kena fikirkan... so aku terus g sekolah tu... dekat2 area opis lama kat kelana jaya tu... sampai2 terus kerani tu laporkan kehadiran aku. x pasal2 terus masuk meeting guru.. sib baik pakai office attire.. kalau pakai selekeh malu je... pas tu g umah sewa lama... nak sewa bilik la kononnyer.. dengan berbesar hati kak umi janjikan bilik lama aku... hehehe

then baru terpk nak call ayah. ayah terus call ppd kuala selangor. diorg kata mmg nama aku kat kuala selangor. sudah.... soknye jpn call suruh amik surat baru... alahai.. dapat skolah baru di sk bukit belimbing. mmm.... x kisah la.. lagipun sekolah tu dekat aje.. x sampai 10 min pun dr umah...

so skrg dah 2 minggu aku start mengajar.... alhamdulillah aku x kena kelas peluasan, iaitu kelas baru yg xde apa2... skolah tu cikgu dia pindah, aku just masuk ganti, everything da ada... pembantu pun da cekap.. so aku x pening pala sangat.... biasala first day ramai yg nangis... hari satu, dua, aku jadi cikgu yg baik, sopan santun, hahaha...lepas tu hahaha.. jadi singa lapo... hahahhaaaa.... tapi singa yg comel la.. hahaha.....

mmm.. sebab tempat aku kat pra, agak kurang bercampur gaul ngan cikgu2 lain... alahai.. cikgu ada 18 org je, tp x ingat lg nama semua... bukan apa, mmg x sempat pun nak lepak2 ngan diorg... mesti banyak ngumpat aku kata aku sombong hahaa....xpela sket2.. lgpun aku mmg lambat sket nak mesra ngan org...

ko kurikulum lak... alahai.. jadi pemimpin kadet laaa.. x dapat pengakap.. huhuh.. then jadi penasihat kelab bahasa melayu.. ok la... paling x tahan jadi jurulatih bola sepak... hahahaaa.. jgn aku jadi bola dah le.... then guru rumah merah.. heheh dari aku skolah asyik umah merah aje... xkisah la...

aku juga berkesempatan jumpa semua cikgu2 pra seluruh kuala selangor... sib baik ada geng laki.. ada 7 org / tah berapa ratus tah.. hehee.... 4 cikgu baru 3 cikgu lama... sorang tu wat praktikum satu skolah ngan aku masa aku jadi cikgu ganti dulu.. hehee....

dah la.. cukup dulu la update dari aku skarang... aku akan cuba rajinkan diri balik menulis, tangkap gambar... hehehe

Care to comment?


Monday, 10-Dec-2007 05:32 Email | Share | | Bookmark
majlis perkahwinan my sis

sabtu lepas berlangsungnya majlis persandingan adik aku nipah.... tapi malang sungguh sebab aku demam teruk.... demam dari beberapa hari sebelum majlis sampai beberapa hari selepas majlis.... so sangat2 x larat nak buat apa-apa.... tapi bagus gak... orang lain kelam kabut buat keje aku lepak je sebab demam... abis satu kampung tau aku demam.. hahahahaa

yg sempat aku buat cuma siapkan hantaran ngan bilik pengantin... hahhaa... demam2 pun sempat g kl cari fresh flower... siap beli bunga melur india tu.... dan tak sangka plak bunga tu cuma attract lalat je..

gambar pun aku x larat nak amik.. suruh apis je yg amikkan.. tah apa rupanya gambar kawin si nipah tu... pandai2 la...

nnt aku letak gambar.. khasnya hantaran yang cantik2 tu.. hahahaa....

wehhh.. mane gmbr sis abg dayat kawin haaa? janji-janji manis ditabur.. hukhukhuk.. Fri 8-Feb-2008 18:00
Posted by:bud-i-man.fotopages.com
Add comment


Friday, 30-Nov-2007 14:45 Email | Share | | Bookmark
Detik-detik terakhir di IPIS

 


sedar tak sedar rupanya aku dah sampai ke penghujung KPLI di institut perguruan islam selangor ni.... masih jelas lagi di ingatan betapa seronoknya aku dapat panggilan telefon daripada Bahagian Pendidikan Guru masa keje kat KPV dulu.... masih lagi aku ingat gi makan2 kat muara ngan bebudak vads malam sebelum aku mendaftar dulu... masih aku ingat betapa nervousnya aku nak datang IPIS menghadapi dunia baru ini...

hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun pun hampir nak berganti... sekarang aku dah berada dalam masa-masa kecederaan jer... nak ikutkan dah lama aku cuti... tapi kena ikuti kursus induksi sistem saraan malaysia dan kem bina tatanegara. actually kena bersyukur sbb BPG dibenarkan anjurkan kursus ni di peringkat maktab.... kalau tak kena mintak time start keje.. so lagi 2-3 thn baru kena panggil kursus... so kenaikan pangkat tu lambat la sangat plak nnt... takpe.. just follow the flow.....

perasaan aku skarang sangat2 bercampur baur.... antara gembira sebab nak cuti, sedih sebab nak berpisah ngan kawan2.... seram kerana takut kena posting jauh-jauh.. hahaha.... tapi tak kisahla.... selama ni pun ada pembaharuan dalam hidup, aku berjaya je menghadapinya.... so tak ada bezanya apa yang bakal berlaku nanti...

buat teman-teman seperjuangan... aku ucapkan selamat berjaya walau dimana anda ditempatkan nanti.. keep in touch.... segala kenangan akan tetap terpahat abadi di ingatan.....

mane 1 muke ko? x dpt crik ler... Tue 18-Dec-2007 07:28
Posted by:nebul@
Buat Senior Dayat..
hai... saya baru dapat tawaran KPLI di IPIS register pada 14 jan 08... saya berharap Cikgu dayat merangkap senior di maktab dapat coretkan (kalo bleh dengan picture sekali ) keadaan sekitar IPIS... tampat2 menarik,,, lecturer2 garang... kehidupan di maktab... saya amat teruja dengan blog cikgu.. tapi kurang pic mengenai IPIS.. saya x pernah pergi IPIS... untuk makluman saya orang johor bahru...
Mon 24-Dec-2007 03:45
Posted by:Jali jaliomar@yahoo.com
sape si jali omar nih? KPLI Jan 2008 eh?? huhu.. takpe nnti budi cari dia, hahaha.. Fri 8-Feb-2008 18:12
Posted by:bud-i-man.fotopages.com
Add comment


Friday, 16-Nov-2007 14:41 Email | Share | | Bookmark
walimatul urus

 


Quote:
Assalamualakum Warahmatullahi Wabarakatuh

Haji Sahid Bin Selamat
dan
Hajah Waginah Binti Sulaiman

Dengan penuh kesukuran ke hadrat Illahi dan dengan segala hormatnya kami
mengundang
Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
semua pelawat kinn19.fotopages.com dan kawan-kawan saya

suami/isteri serta keluarga ke majlis perkahwinan anakanda kami

Nor Hanifah Binti Sahid
dengan
Azli Bin Azmi

Pada hari Sabtu, 8hb Disember 2007 bersamaan 28 Zulkaedah 1428 Hijrah
bertempat di kediaman kami

Kampung Batu 8 Jalan Raja Musa
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan

Semoga kehadiran Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik akan menyerikan lagi majlis
kami dan diberkati Allah S.W.T. Insya Allah. Terima Kasih, Wassalam

dayat...kad comey....murah lak tu....aku nak! Thu 29-Nov-2007 15:58
Posted by:layleq
3 Thu 7-Feb-2008 07:22
Posted by:haniey znafisah@yahoo.com
cantik kad 2........ buat dkt saya satu boleh?? tengok kad awak saya pun rasa nak kawin jugak...he.he..he. Thu 7-Feb-2008 07:24
Posted by:haniey znafisah@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Friday, 9-Nov-2007 12:12 Email | Share | | Bookmark
Kematian... Kehidupan...

Hujung minggu lepas dapat panggilan telefon daripada Daus (anak buah kat tmnet dulu) beritahu yang mak Nizam (anak buah kat tmnet gak) meninggal dunia. Mmmm ingat lagi tahun lepas masa kitorang g holiday ramai2 kat melaka, tumpang rumah Nizam, mak dia layan kitorang dengan baik sekali. Kepada Nizam... maaf sebab x dapat g ziarah. ada exam coming up the following day. semoga tabah menghadapinya... aku doakan mak kau sentiasa aman di sana....

Malam Selasa tu pulak, masa tengah nyenyak tido, dapat pula satu SMS dari seorang teman chatting memberitahu Abang Moks(mmber chatting gak) terlibat dalam kemalangan jalan raya di raub dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian... Dan berita kemalangan keluar di utusan malaysia...

Quote:
kinn19 (10/18/2007 12:14:33 AM): nk tdo dah... hehehe
Moks (10/18/2007 12:15:00 AM): tido lah.. wahai permaisuri
Moks (10/18/2007 12:15:50 AM): jaga2.. ada mata merah kat belakang tu
Moks (10/18/2007 12:16:05 AM): jgn pandang belakang
kinn19 (10/18/2007 12:16:13 AM): huhuhu


Berikut ialah baris terakhir aku berchatting ngan abg Moks.. kalau dikira2 20 hari sebelum beliau pergi selamanya. selepas tu aku dah x chat ngan dia sbb bizi dgn exam... dia pun bizi ngan exam anak2 murid dia kut.... Abg Moks banyak kongsi pengalaman dan cerita tentang dia dalam dunia perguruan... banyak bagi nasihat kat aku terutama masa aku tgh ada problem time praktikal dulu.... tak sangka dalam usia 33 tahun dia dah dijemput Illahi. semoga anda aman bersemadi di sana. saya akan ingat dan pegang kata2 terakhir abg kat saya... "Jangan Pandang Belakang".... sentiasa berpandangan jauh ke hadapan... insyaallah....

Masa yang sama menerima sms berita x elok tu, terperasan ada satu lagi sms... waa berita gembira... Congratulation to my dear friend baya and her husband hamim.... atas kelahiran putera sulungnya.... eh.. ke puteri... x sure laa.... Wafiy Fudhail.... nama laki ke pompuan tu?? hehee.... x sempat lagi tgk baby... insyaallah later key... semoga wafey membesar sebagai johan... hehehe....

Akhirnya petang tadi dapat panggilan telefon dari kampung... Salah seorang cousin aku, opie... aau nama sebenarnya Ahmad Saufi bin Sapari telah kembali ke rahmatullah selepas motosikalnya dirempuh sebuah lori.... di hadapan rumahnya.... dan Opie baru 19 tahun.... hmmm... last bertemu dengan dia pun time raya yang lepas. tapi opie senyap je time tu... langsung x bercakap ngan sapa2... duduk diam je... memula ingat mungkin dia xde mmber kut time balik kg... ye la... yg ramai sepupu2 budak kecik je.... he as a teenager mesti xnak main ngan budak2 ni.... tak sangka rupanya tu que memberitahu yg dia akan pergi dijemput tuhan... buat family cik ran dan cik nor, harap tabah menerima ujian ini... moga roh opie ditempatkan di tempat yang tinggi dan terpuji...

hidup perlu diteruskan.....

alfatihah utk suma... Sat 10-Nov-2007 02:20
Posted by:Yana
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.