Want your
own Fotopage?








 
Cikgu Dayat Menulis...

By: dayat sahid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Jul-2008 11:00 Email | Share | Bookmark
Teori Personaliti... ID, EGO dan SUPEREGO

Something yg aku dapat belajar masa kursus..... sesuatu mengenai personaliti manusia..... aku rasa ianya penting.... kerana ia akan membantu kita memahami personaliti diri kita sendiri.. dan mungkin membantu kita membina personaliti yang lebih baik....

Seorang tokoh psikologi bernama Sigmund Freud menyatakan bahawa personaliti kita ni terbahagi kepada 3 KOMPONEN yang saling berkait rapat antara satu sama lain... komponen2 tersebut ialah ID, EGO dan SUPEREGO...

komponen yang paling basic ialah ID (sebutan ikut ejaan... i d = id...huhuu)... ID ni bolehlah dinyatakan sebagai naluri semulajadi manusia..... contohnya naluri nak makan, nak minum, nak kencing, nak berak, nak kentut dan sebagainya..... so bayi yang baru lahir cuma ada id je dalam komponen personaliti dia... kalau dia nak berak dia akan berak.... yang dia tau cuma nak puaskan tuntutan nafsu dia nak berak.... dia x terfikir logik, nilai dan moral.. dia x terpikir dia berak kat atas katil tu kotor, dia tak terpikir mak dia penat basuh berak ke.. sebab dia ada ID aje....

semakin meningkat besar barulah EGO muncul... EGO ni ialah panduan peribadi manusia untuk memuaskan ID mereka.. panduan ni ialah berdasarkan pertimbangan akal manusia tu sendiri... kalau dia rasa betul, maka betul la.... dia xde dipengaruhi oleh nilai moral atau logik kecuali nilai2 ni yg dah sebati dengan individu tu.... contohnya.. baby tadi da jadi budak kecik.. tengah main dia nak terberak... so ID dia kata... "alaa... nak berak laaa!.... berak je la sekarang kat sini..."... pas tu EGO akan cakap pula... "eh.... mana leh berak kat sini... malu la kalau kawan2 nampak.. baik nyorok kat tepi pokok tu...." so EGO dia rasa berak tepi pokok tu tak salah.. so dia buat je la....

Dan bila makin besar, kita akan belajar macam2... mulalah kita belajar tentang nilai agama, moral, adat resam, dan sebagainya..... maka timbullah SUPEREGO... SUPEREGO ni macam EGO gak... cumanya.. SUPEREGO ni dipengaruhi oleh nilai agama, moral dan sebagainya tu.... contohnya ye.... budak tadi da besar la.... tengah dia jalan2 dia nak terberak lagi... so ID dia kata... "alaa... nak berak laaa!.... berak je la sekarang kat sini..."... pas tu EGO akan cakap pula... "eh.... mana leh berak kat sini... malu la kalau kawan2 nampak.. baik nyorok kat tepi pokok tu...." dan SUPEREGO pulak cakap... "ish.. mana leh berak tepi pokok ni... kotor la.... abis tercemar alam sekitar... lagipun nnt aku nak basuh pakai apa... nak istinjak takde batu... balik umah la berak dalam tandas"....

hehehe lebih kurang macam tu la..... jadi nampak kan kalau EGO kita tak dibentuk menjadi SUPEREGO dengan asuhan agama dan moral dan sebagainya.. apa yg jadi..... sbb tu kita boleh lihat orang2 leh selamba bercumbu2an di khalayak ramai... dia cuma nak puaskan ID dia nak beromen.... EGO dia pulak kata ala.. x kisah la beromen kat sini... SUPEREGO x ckp apa2 sbb mmg x diasuh, x ngaji punya budak...

so x ke sama ngan lembu je.... lembu tu nak beromen selamba je tepi jalan tu... sbb lembu tu cuma ada ID aje.... huhuuuuu

itulah sedikit perkongsian ilmu yag aku nak sampaikan... baca la ramai2... banyak pahala aku dapat..... huhuuu


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net