Want your
own Fotopage?







 
Cikgu Dayat Menulis...

By: dayat sahid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 5-Apr-2009 02:51 Email | Share | Bookmark
kelasku yg dah cantik sikit.. huhuuu

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
halu halu.... hari ni aku nak bawak korang tour kelas aku... kelas aku da nampak cantik sikit... wakakaaa....thn lepas malas nk buat apa2, thn ni baru rajin sikit.... ala, saja seronok2 hias kelas.... bila kelas cantik bebudak semangat dtg sekolah... ye lah tu...


pemandangan kelas aku dari pintu masuk. setelah setahun aku re-arrage perabut dalam kelas, inilah susunan yg paling aku puas hati. bebudak bebas bergerak sana sini, aku senang nak pantau satu kelas, pusat2 pembelajaran pun dapat wujud dengan jelas....



pemandangan dari bahagian depan. dari desk aku... so dari sini aku nampak keseluruhan kelas. susunan meja budak sekeliling aku, so boleh pantau semua. takde yg dekat sgt takde yg jauh sgt...


ini ruangan berkumpul untuk circle time, dan berbaris masa datang, masa nk makan, masa nak balik.. kawasan lapang dengan satu tikar besar, muat2 untuk 25 budak... luas just nice. kalau besar sgt budak2 mula lah bersilat ber jimnastik kat situ. kalau sempit sgt mcm tin sadin lak. ruang ni jugak ada 3 fokus point. budak menghadap depan bila aku mengajar guna papan putih tu.... budak mengadap ke kiri untuk tgk tv atau skrin komputer. budak pusing belakang kalau diorg tgk persembahan kawan2 atas pentas emosi.


ini la pentas yg ada kat bahagian belakang pusat berkumpul tu.kat sini bebudak akan buat persembahan nyanyian dan gerakan dan kawan2 lain tgk... kekadang aku pun duduk situ sambil bercerita... bebudak pun suka buat keje kat situ, sbb pentas tu tak tinggi sgt diorang duduk atas lantai, pentas tu jadi meja...


yg ni pusat teknologi. kat bahagian depan, belah kanan tempat berkumpul, ada tv, dvd player, radio, ngan komputer. dlm almari ada mcm2 cdrom, vcd, cd ngan kaset.. jarang pasang tv masa mengajar. cuma pasang lepas kelas, tgk wanita hari ini.. hehe


ini pusat kognitif. kat sini murid boleh buat aktiviti2 berkaitan sains dan matematik. so ada lah bahan2 yng boleh membantu diletakkan kat situ. ada akuarium ikan ada bahan2 untuk mengira, permainan2 sains seperti timbang dan magnet dan lain2 lagi... atas akuarium tu ialah plasma light.. hahaha x plug in pun, saja letak situ, nampak cam hi tech sikit....


yang ni pulak pusat bahasa dan komunikasi. fungsinya lebih kurang macam perpustakaan mini. so ada macam2 bahan bacaan serta bahan2 yang membantu dalam aspek bahasa seperti kad perkataan flash card, buku latihan, papan tulis dan lain2. tengah2 tu aku letak meja kecik so bebudak boleh buat keje kat situ. biasanya aku asingkan 2-3 budak masa belajar untuk buat keje kat situ (bebudak yang suka bising... hehehee)


ini pusat kerohanian dam moral. pusat ni agak kecik sbb bahan tak banyak sgt.. huhuuu nantilah tambah sikit2.... kat sini tempat simpan buku2 agama, bahan2 jawi dan bahasa arab, ada la 2 islamic board game, pas tu songkok sejadah, telekung, kain pelekat.. huhuuu


ini pusat main peranan. tempat favorite budak2 pompuan. sebab kat sini aku letak anak2 patung dan mainan masak2. ada almari baju tempat simpan pakaian2 pra, ada katil. conforter tu baru beli, beli kat mudah.my... cantik lak.. kat dinding aku letak cermin besar. dan kalau kawan2 maktab aku mesti kenal, batik yg aku lukis masa kat maktab dulu... hahahaaa... aku letak gak panggung boneka... tapi budak2 ni selalu guna nak buat main kedai2...


yg ini pulak pusat estetika. aku simpan peralatan untuk pendidikan seni dan pendidikan muzik kat sini. hasil kerja budak pun aku gantung sikit yg cantik2. tapi board dia x cantik lagi... hahaha sebab belum siap... nnt la aku cantikkan lagi... hehehee


haa ini ruang private aku... hehehe... kat sini aku simpan barang2 rujukan aku serta bahan2 pengurusan kelas. aku simpan gak contoh2 lembaran kerja, rekod2 murid dan kelas dan macam2 lagi....kira macam office aku la kat sini... ada softboard untuk letak info pra dan lain2 lagi.... kawasan agak lapang. leh la bentang tilam untuk tdo2... heheheee


yang ini pusat manipulatif. just tempat untuk aku simpan bahan2 yg digunakan untuk manipulatif macam manik2, lego, blok2 kayu, dan permainan2 lain... ini permainan fav bebudak laki, huhu...


itu la sedikit sebanyak tentang kelas aku. masih banyak nak improve, dinding kosong lg, tapi x suka nk tampal2.... huhuu, tgk la nnt cam mana. ruang dapur dan tandas pembantu yg jaga, hehehe malas nk campur.... nnt kalau ada improvement cerita lagi




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net