Want your
own Fotopage?














 
Cikgu Dayat Menulis...

By: dayat sahid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 10-May-2009 05:12 Email | Share | Bookmark
Selamat Hari Ibu

 
Hari ibu menjelang lagi.... hari untuk anak menyatakan kasih sayang dan penghormatan kepada ibu. sepatutnya ianya mesti diekspresskan sepanjang masa, namun hari ibu menjadi simbolik penghargaan yang tidak terhingga kepada wanita yang bergelar ibu...

Sememangnya saya menyayangi ibu saya. sayang sesungguh-sungguhnya. mama sentiasa yang pertama setiap kali mahu melakukan apa-apa perkara. dan memang itu yang sepatutnya.. kerana ibulah kita berada di tempat kita sekarang.

Kekadang saya melihat sahabat-sahabat, saudara-mara dan orang-orang sekeliling, begitu jelas menunjukkan rasa sayang mereka kepada ibu masing-masing. pelukan, ciuman yang tidak putus, tanda kemesraan. namun, itu bukan budaya keluarga kami. cukupla rasa hormat dengan mencium tangan. sejak kanak-kanak, tidak pernah teringat pun kala ibu dan ayah saya mencium atau memeluk kami adik beradik.... waktu bayi barangkali, tapi masih belum lekat di memori. jadi sehingga sekarang, kami sendiri tidak biasa untuk berpelukan dan berciuman...

namun itu bukan maknanya mama saya tidak sayangkan saya. juga bukan bermakna saya tidak sayangkan mama saya. bagi kami,cukuplah masing-masing tahu yang masing-masing menyayangi diri masing-masing. tidak perlulah ditunjukkan pada khayalak. yang penting keikhlasan hati

jadi untuk mama.. selamat hari ibu. kami semua sayang mama. terima kasih untuk kehidupan kami ini.... moga Allah terus merahmati mama.



Mama selalu merungut, susah nak bersihkan dapur yang berminyak. So sempena hari ibu ni, kami adik beradik hadiahkan mama hud dapur ni. Mama masih di rumah saudara untuk kerja kenduri. nanti bila mama balik... suprise!!!!

harap mama gembira dengan hadiah tak seberapa kami ini. Sayang mama

bertuahnya ibu mendapat anak sperti kamu..
aku sudah tiada apa2 lg.. dgn segala dosa dan salah ku thdp ibu yg belum sempat ku mohon ampun ibu tlh pergi slamanya..
jagalah ibu kamu sebagaimana ibu kamu menjaga kamu..
Mon 11-May-2009 04:47
Posted by:dirmazio
Salam..
Berminat untuk menurunkan berat badan? Menjalani hidup yang lebih sihat dan lebih langsing? Sesuai untuk semua…warga emas, kanak2, lelaki mahupun wanita…
Jom jadi pengedar jus mate 5 sekarang untuk menambah pendapatan..sertai program usahawan jutawan herbaprima dan mulakan perniagaan yang terhebat diabad ini. Jangan biarkan rakan2 anda ditaja oleh orang lain.
Produk berkualiti dan selamat. Diperakui oleh doctor pakar. Produk yang mendapat sambutan begitu hangat dipasaran sekarang ini. Jangan berlengah lagi!!!
Jom lawat fotopage saya di Http://jusmate5store.fotopages.com atau kunjungi blog saya di http://jusmate5store.blogspot.com
Sat 6-Jun-2009 17:02
Posted by:Azrai warai80@hotmail.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.